Selamat Hari Bapa Buat Arwah Ayahanda Ku Tercinta

 



Tarikh 19 Jun 2011 Masihi,Iaitu 21 Rejab1432 Hijrah...Seluruh dunia menyambut hari bapa....disaat melihat sahabat-sahabat wish kepada ayah mereka,perasaan cemburu dan sedih timbul dalam diri ini.Perasaan rindu dihati ini mengingai arwah ayahanda tercinta.Apakah ucapkan hari bapa hanya setahun sekali??bersama-samalah berfikir seketika.sejauh mana kasih sayang anak kepada seorang ayah,adakah kita mampu membalas semua jasa ayah kepada kita sejak melihat dunia ini kali pertama hingga sekarang??sejauh manakah ayah yang dikasihi berada dalam ingatan kita pada zaman kini,sejauh manakah pengorbanan kita terhadap insan-insan yang begitu banyak berjasa buat kita...jangan sampaikan 1 hari nanti segala kesempatan yang kita ada kita sia-siakn hinggakan ayahanda disayangi nyawa nya telah dicabut oleh malaikat izrail(malaikat pencabut nyawa manusia).ini hanyalah nasihat buat pembaca,janganlah sampai ada penyesalan dikemudian hari.sayangi mereka dan berbaktilah selagi ayah kalian diberikan waktu untuk bernafas.

Kata terakhir saya ialah berdoalah selalu untuk ayah dan ibu kita samada hidup atau telah ke Rahmatullah.buat arwah ayahandaku Amir Bin Alik..hanya doa ku kirimkan kepadamu,doakanlah kebahagian dan kejayaan anak-anakmu ini.ayahanda yang tercinta ku ingin nyatakan hanya dirimu yang selalu di hati kami.terima kasih
buatsegala-galanya membesarkan anak-anakmu ini hingga dewasa.salam sayang ayahandaku.....(^_^)


Written by

0 comments: